Saturday, December 13, 2008

360Desktop v0.5.4.1479


With 360desktop, slide wide for almost unlimited desktop space; clip the web & put it on your desktop, then create & share, stunning 360° interactive wallpaper.Features-Get more desktop space for everything you like to do-Take your favorite content from across the web and put it on your desktop-Choose from an endless selection of 360° wallpaper you download, create & share.360desktop is* a software that extends the Windows desktop as a 360° workspace* an online platform for creating interactive 360° wallpaper* a gallery & widget platform, for sharing 360’s with everyone....


or

Friday, December 5, 2008

Wartawan internet paling ramai dipenjara


dikemaskini Wartawan dalam talian dan penulis blog kini lebih ramai meringkuk di penjara di seluruh dunia berbanding petugas media bukan Internet, lapor satu pertubuhan kebebasan media hari ini.Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), dalam bancian mutakhirnya, mendapati 45 peratus petugas media yang ditahan terdiri daripada editor akhbar web dan wartawan dalam talian, serta pengendali blog. "Wartawan dalam talian membentuk kumpulan profesional (media) buat pertama kali dalam bancian penjara CPJ," kata pengarah eksekutif pertubuhan yang berpangkalan di New York itu, Joel Simon.Daripada 125 wartawan yang dipenjara tahun ini, sekurang- kurangnya 56 wartawan Internet - pertama kali mengatasi wartawan akhbar yang mengalami nasib serupa.Pemberita dalam talian yang pertama dikenakan hukuman penjara pada 1997.Kumpulan berikutnya, 53 orang, terdiri editor akhbar, wartawan mdia cetak dan jurugambar.Tahun lepas, 127 wartawan dihukum penjara di seluruh dunia.Kebanyakan wartawan Internet, atau 45 daripada yang ditahan itu, bekerja secara sambilan dan, oleh kerana tiada syarikat media, mereka tiada sumber atau hubungan politik untuk membela nasib mereka."Wartawan sambilan yang dipenjara meningkat 40 peratus dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini," kata Simon lagi. Mereka selalunya dituduh melakukan kegiatan subversif, mendedahkan rahsia negara dan bertindak berlawanan dengan kepentingan nasional. Kira-kira 59 peratus yang meringkuk di penjara berdepan dengan dakwaan-dakwaan sedemikian.Sementara 13 peratus lagi tidak dihadapkan dengan sebarang pertuduhan. Taktik seumpama ini digunakan oleh kerajaan-kerajaan, antaranya, Amerika Syarikat, Iran, Israel, Uzbekistan dan Eritrea. Seramai 16 yang ditahan ditempatkan di lokasi-lokasi rahsia.Tambah Simon, sejak dua tahun lepas, pertubuhannya bersama syarikat Internet, pelabur dan kumpulan hak asasi berjuang mendesak kerajaan agar membuka ruang kebebasan di alam siber. Dalam tempoh tersebut, kumpulan itu membentuk Global Network Initiative atau Inisiatif Jaringan Sejagat yang menyediakan garis panduan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan Internet menjaga hak kebebasan di dunia maya.Syarikat-syarikat gergasi Yahoo, Google dan Microsoft termasuk dalam jaringan tersebut, tambah CPJ. Menurut laporan itu lagi, China masih lagi negara yang paling ramai memenjarakan wartawan diikuti oleh Cuba, Burma, Eritrea dan Uzbekistan daripada 29 negara yang berbuat demikian.Kelima-lima negara ini terus-menerus berbuat demikian sepanjang penelitian CPJ, laporan itu dipetik.