Wednesday, October 29, 2008

Harga minimum rokok RM6 hujung tahun ini



Harga minimum rokok mungkin ditetapkan RM6 sekotak menjelang akhir tahun ini sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan.

Menurut Bernama, perkara itu dibincang dan dipersetujui semua pihak termasuk industri dan kabinet pada 17 September lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

"Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran adalah strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah," beliau dipetik berkata hari ini.

Apabila harga lantai dikuatkuasakan nanti, peruncit yang didapati melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya.

Mulai Jun pula, semua kotak rokok diwajibkan mempamerkan cetakan amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan tentang bahaya kandungan rokok dan pernyataan larangan jualan kepada orang berumur bawah 18 tahun melalui pewartaan peraturan itu 15 September lalu.

Melalui pewartaan itu juga, tambah Liow, istilah-istilah seperti 'low tar', 'light', 'ultra-light' atau 'mild' adalah dilarang berkuat kuasa serta-merta.

Menurut agensi berita itu lagi, peraturan baru itu juga mengisytiharkan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok, termasuk kakitangan dan pelawat.

Penakrifan semula kawasan larangan merokok di kompleks beli-belah kini turut merangkumi kawasan kaki lima di sekeliling bangunan berkuatkuasa serta-merta.

Mengulas mengenai penguatkuasaan, Liow berkata tahun ini sahaja sebanyak 2,622 perokok telah dikompaun dengan nilai RM564,000 bagi kesalahan-kesalahan berkaitan, manakala 1,946 kes lagi dibawa ke mahkamah.

Isap Rokok Kertas Lah Alamak Nyer..Huahuahua..

Thursday, October 23, 2008

KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT


SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING
RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH
TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA TIDAK DAPAT BAYANGKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YANG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT
KAMU TADI''. KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORANG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YANG PANJANG DAN KOTOR MACAM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MEMANG WUJUD! LELAKI TU JADI MACAM TU SEBAB DIA TIDAK DATANG PADA AKU UNTUK MENGGUNTING RAMBUT!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''BEGITULAH JUGA DENGAN ALLAH!. ALLAH MEMANG WUJUD. TETAPI RAMAI MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA LAGI; JIKA MANUSIA KEMBALI KE JALAN ALLAH AKAN AMAN BUMI KITA INI.''

Sunday, October 19, 2008

Perjumpaan Di ambang Malam Hari




Bertempat: Teluk Chempedak
Pukul :8.00malam-12.00tengah malam

Tepat jam 8.00malam aku[kua_92] dan hyfa[faiz] menunggu fazrin221[an2raya] di depan appartment BAYLIE COURT.. Dalam masa menunggu fazrin tu sempatlah aku beborak dgn hyfa.Setelah 20 Minit kemudian fazrin pun turun dari appartment dengan pakaian berSTYLE[dengan swearter,berkasut,seluar jean dan baju t-shirt tak lupa kamera keseyangan nyer] Aku dan hyfa pergi mengikutnyer ke kereta fazrin. Dan pkul 8.25 kite orang gerak pergi mengambil Zari. Sekali zari nie bagi information yang salah. Kita orang smpai telajak dan terpaksa utern balik. Sebaik aku igt dia kata area KIPSAS. Lepas ambik zari kite orang gerak ke BUkit Sekilau pergi makan berhampiran UITM..Mekasih fazrin kerana banje kita orang makan. After that pergi htr hyfa ambik keta dkt depn appartment Fazrin sewa coz aweks Hyfa ajak kuar.Kita org gerk ke Teluk Chempedak dan Hyfa g ambik awek dia.Smpai sahaja di TC aku g beli kuaci dan zari beli mentos. Kita orang slow2 turun ke tmpt orang memancing. Sambil tu pndg kiri kanan tgk orang beROMEN..ahahaha... Pelbagai ragam yang ader.. Ader yang memancing,berasmaradana dan bermacam ber...... lah..!!! Fazrin mengajak kita org pergi ke jambatan katanyer x pernah naek jambatan dkt teluk chempedak.kita orang follow jew.. Sambil duk atas jambatan tu smbil skodeng org berasmaradana..wakakaka..dalam masa tu gak kita orang ader lah mengambil gmbr untuk di jadikan kenangan.. Tp pic x bape nak clear.. Lpas tu kita orang jalan2 lagi dan tetiba serempak dgn hyfa bersama aweks nyer..Comel siot awek dia..hahaha.. Lepas tu kita org duduk borak2..Lebh kurang jam 11.20 lebh kita orang gerak ke Esplanned nak tgk org open Sound System..tp sayang pada masa tu terlalu awl..Org open pkul 12 ke atas.. Kita org gerak htr zari.. daN kembali ke appartment Fazrin.. Lebh kurang jam 12.00 tengah malam aku gerak pulang ke rumah. Smpai umah jam 12.15 tengah malam..Sebaiklah malam tu xader road-block.. Pengalaman nie amat menyeronokkan..Kita Orang rancang untuk berjumpa kembali..